Hanya Muslim wajar jadi ejen takaful
2010/12/27
SAYA ingin mengulas mengenai syarikat insurans konvensional memohon lesen takaful. Sehingga kini sembilan lesen takaful dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi merancakkan sistem kewangan Islam. Ia adalah kejayaan negara yang mempunyai komitmen menyedarkan orang Islam memilih produk takaful berbanding konvensional. Namun, saya ingin memohon perhatian BNM supaya mewajibkan syarat hanya orang Islam saja menjadi wakil memasarkan produk itu.BNM dan Persatuan Wakil Takaful harus mengkaji syarat ‘akad’ yang dilakukan wakil takaful bukan Islam dengan orang Islam.Oleh itu, sebaiknya orang Islam memasarkan produk takaful kepada orang Islam sendiri.
Justeru, saya harap peraturan segera dikeluarkan bagi menjaga kemurnian sistem kewangan Islam.
MAN JBP,
Kuala Nerang.