Sabtu, 23 April 2011

Perbezaan Takaful & insurans konvensional


Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaituinsurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Gharar

Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:-
  • Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
  • Tidak diketahui kadar bayarannya.
  • Tidak diketahui bila masanya.
Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
  1. Penjual dan Pembeli
  2. Aqad (Ijab dan Qabul)
  3. Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
  1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

Maisir/Judi

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Riba

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Penyelesaian

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.


Takrif Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Khamis, 3 Mac 2011

Takaful IKHLAS terima anugerah terbaik - petikan Utusan Malaysia 1 Mac 2011

Meraikan yang tak bernasib baik....

Petikan akhbar SINAR

Takaful Ikhlas menang anugerah IFN 2010


Takaful IKHLAS Spends RM20,000 For Senior Citizens Programme

KUANG (SELANGOR), Feb 23 (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd spent at least RM20,000 to implement the Sri Tanjung Senior Citizens Programme, as part of its corporate social responsibility.

The vice president of Corporate Communications of Takaful Ikhlas, Raihan Rahim said the expenditure included the costs of medical examination and purchases of essential items.

Raihan said the objective of the programme was to inculcate a caring attitude among the youths and the elderly so that they would feel they were appreciated and needed by society.

"Under the programme, the senior citizens at the welfare homes would undergo health checks carried out by KL Heartcare and fully funded by Takaful Ikhlas," he told reporters here.

Meanwhile, Abdul Shukur M.Zain, KL Healthcare Business Development director, said the health examinations carried out included full blood and physical check-ups.

The health report would be given to the management and the KL Healthcare would recommend an appropriate doctor where necessary, he said.

-- BERNAMA


Ahad, 20 Februari 2011

Petikan Berita Harian Online

Hanya Muslim wajar jadi ejen takaful


2010/12/27

SAYA ingin mengulas mengenai syarikat insurans konvensional memohon lesen takaful. Sehingga kini sembilan lesen takaful dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi merancakkan sistem kewangan Islam. 

Ia adalah kejayaan negara yang mempunyai komitmen menyedarkan orang Islam memilih produk takaful berbanding konvensional. Namun, saya ingin memohon perhatian BNM supaya mewajibkan syarat hanya orang Islam saja menjadi wakil memasarkan produk itu.
BNM dan Persatuan Wakil Takaful harus mengkaji syarat ‘akad’ yang dilakukan wakil takaful bukan Islam dengan orang Islam.
Oleh itu, sebaiknya orang Islam memasarkan produk takaful kepada orang Islam sendiri. 

Justeru, saya harap peraturan segera dikeluarkan bagi menjaga kemurnian sistem kewangan Islam. 

MAN JBP, 
Kuala Nerang.
 

Jumaat, 18 Februari 2011

Hampir pengsan bil hospital RM23,000

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau. Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.
“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.
“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.
Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.
“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.
Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.
Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.

Isnin, 31 Januari 2011

Takaful Ikhlas menangi anugerah BrandLaureate

Sumber: Utusan Malaysia, 12hb Januari 2011
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memenangi Anugerah Jenama Terbaik bagi Perkhidmatan Insurans Kesihatan pada majlis penganugerahan The BrandLaureate SMEs Chapter 2010 selama tiga tahun berturut-turut.
Takaful Ikhlas dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pihaknya juga berjaya mempertahankan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan selama dua tahun berturut-turut.
Anugerah itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir adalah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa produk-produk perlindungan Takaful Ikhlas diterima dan menepati citarasa dan keperluan rakyat Malaysia. Jenama Takaful Ikhlas mempunyai matlamat, destinasi dan imej tersendiri,
“Salah satu kategori yang dimenangi sebanyak tiga kali berturut-turut adalah melalui produk Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT), iaitu pelan perlindungan perubatan komprehensif.
“Kejayaan kami ini perlu dikongsi bersama dengan pelanggan kami yang banyak memberi sokongan dan serta warga kerja Takaful Ikhlas yang berdedikasi, ” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.
Takaful Ikhlas mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.


Produk Takaful dapat anugerah berkembar.

Selasa, 25 Januari 2011

"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia." (Riwayat Ibnu Majah)

Ahad, 23 Januari 2011

Artikel yang amat penting untuk lelaki semua... namun wanita anda juga sudah pasti boleh membacanya...

Sumber :- Berita Harian
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Tips memilih polisi terbaik untuk lelaki bujang dan berkeluarga

JIKA dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita belum memiliki polisi insurans. Tidak kiralah pakej berteras insuran nyawa, perubatan, pendidikan mahupun pelaburan, kepentingan memiliki insurans masih 'kabur' di mata masyarakat terutama kaum Melayu. Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans masih baru berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar baik dari aspek ekonomi, keselamatan dan kesihatan.

Bagi sesetengah pihak, insurans dilihat sebagai beban. Ini kerana terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dirasakan. Apabila berlaku sesuatu kejadian mahupun malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans dapat dimanfaatkan.
Faktor 'sayangkan duit' sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans. Bagi segelintir pihak, purata bayaran premium serendah RM80, RM150 atau RM300 sebulan dilihat sebagai beban. Ini membentuk mentaliti masyarakat yang sering mengelak setiap kali didatangi ejen insurans.

Lelaki yang menjadi harapan keluarga malah bertindak sebagai ketua adalah individu penting yang perlu dilindungi insurans. Bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, ia sebenarnya berbalik kepada kesan jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati mereka sendiri.

Mengulas kepentingan memiliki polisi insurans serta kesannya kepada golongan lelaki, Perunding Insurans,Adie Mudzaffar Mohamad Sani tidak menafikan masyarakat secara keseluruhan belum didedahkan faedah memiliki polisi insurans.

Adie Mudzaffar berkata, lelaki yang menjadi pendukung keluarga tidak melihat kepentingan diri mereka dilindungi. Ini secara tidak langsung meletakkan nasib serta masa depan keluarga dan serta insan tersayang di ambang risiko.


"Bayangkan jika seseorang lelaki itu tidak dilindungi insurans dan terbabit pula dengan kemalangan, adakah sekadar perubatan di hospital memadai untuk merawat kos perubatan sedangkan dia mampu mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta serta menerima insentif bantuan kewangan sepanjang tempoh rawatan," kata personaliti ini.

Bersama Tanya Pakar, Adie Mudzaffar, 29, yang berkhidmat selama enam tahun dengan agensi Prudential, Al Isra' Associates Sdn Bhd berkongsi pengalaman serta mengulas persepsi umum terhadap insurans dan perlindungan.


Secara peribadi, bagaimana anda melihat kepentingan memiliki insurans?
Selama enam tahun saya berkecimpung dalam dunia insurans, terus terang saya katakan kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah.
Boleh saya katakan 90 peratus daripada populasi Bumiputera di Malaysia masih belum dilindungi insurans. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.


Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.


Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.


Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?


Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?
Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.


Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.
Seperti di Prudential sendiri ada banyak pakej yang ditawarkan seperti insurans perniagaan, unit amanah saham, skim takaful, perlindungan kesihatan, simpanan pendidikan, simpanan hari tua dan sebagainya. Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan, kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.


Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.
Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?


Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.
Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.


Pada pandangan anda, bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.


Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?
Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk lelaki.


Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki insurans, lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans.


Bagaimana seorang lelaki sebagai ketua keluarga berusaha melindungi keluarganya dengan insurans?
Dia masih boleh memiliki insurans menerusi pelan insurans berkelompok di mana setiap daripada ahli keluarganya dilindungi. Tetapi pelan ini tidak merangkumi perlindungan perubatan seperti insurans peribadi.


TIP: Kenapa saya harus miliki insurans?
>>Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa.
>>Memiliki insurans ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans.
>>Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
>>Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada insurans untuk meringankan beban saya kelak.
>>Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.
>>Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya dimasukkan ke hospital.

Disiplin dalam Pengurusan kewangan

**petikan dari blog rakan (http://rancangkewangananda-stoltzen.blogspot.com/)

Orang yang berjaya dan telah menjadi kaya faham akan kepentingan menguruskan kewangan mereka. Mereka belajar untuk disiplinkan diri. Mereka berjimat semasa berbelanja dan mendapat keuntungan kerana menyimpan.

Bagi yang tak berduit pula, suka mencari kekayaan dalam sekelip mata (tikam no ekor) atau berhutang dengan kad kredit semasa berbelanja. Selalunya apa yang dibeli dengan kad kredit akan berakhir dengan membayar sekali ganda dari harga asal barang tadi.

Ini pasti akan buat kita mengeluh pada hujung bulan, tetapi jika anda mampu untuk membayar hutang kad kredit pada bulan yang sama, ada kebaikannya. Anda akan mengumpul “treatpoints” di mana ia boleh ditukarkan kepada hadiah2 yang lumayan.

Tetapi dengan menabung, kita boleh membeli 2 barang yang sama jika dibandingkan dengan nilai duit yang perlu kita bayar apabila berbelanja menggunakan kad kredit.

So, akhir kata jika anda menabung, anda boleh mendapatkan sesuatu barang dengan nilai yang rendah, juga anda dapat menyimpan di dalam akaun simpanan.

Fikir-fikirkanlah kebenarannya

Jumaat, 21 Januari 2011

Fikir²lah...

Petikan dari blog rakan²...

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”.
  Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!
  Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.
  Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.
  Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!
  Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9000.00?
  Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.
  Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?
 
Menggunakan simpanan sendiri?
Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?
  Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera!
  Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama?
 
Menjual harta benda?
  Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
 
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah.
 
Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?
 
Memohon pinjaman?
 
Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?
 
Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
 
Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?
 
Meminta derma?
 
Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?
 
Apa lagi yang anda fikirkan?
 
Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.
  Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.

Khamis, 20 Januari 2011

Model Takaful IKHLAS

http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/profilKorporat/modelTakaful.asp

Konsep Takaful Ikhlas

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
  • Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful
  • Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Keistimewaan dan Manfaat Takaful

  Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua, “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

Isnin, 17 Januari 2011

Petikan dari http://www.takaful.biz

Takaful Ikhlas ringankan beban pesakit kronik

Sumber: Berita Harian, 30hb Jun 2008
BATU PAHAT: Takaful Ikhlas membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung seorang guru agama, Baharuddin Sodono, 51, yang terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut penyakit yang dihidapinya.
Baharuddin berkata, beliau memerlukan perbelanjaan agak besar menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan membuang ketumbuhan pankreas di Hospital Selayang, baru-baru ini.
Beliau yang bertugas di Sekolah Agama Rengit, berkata beliau beruntung mengambil polisi dengan Takaful Ikhlas kerana syarikat itu turut memberi perlindungan bagi penyakit kronik.
“Syukurlah, kerana Tafakul Ikhlas memberi perlindungan sepenuhnya kepada penghidap penyakit kronik dan ini meringankan beban yang terpaksa ditanggung untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek di pejabat wakil Takaful Ikhlas, di Taman Maju, di sini.
Baharuddin berkata, penyakit ketumbuhan pankreas yang dihidapinya dikesan pada 2005 dan beliau mengambil polisi dengan Takaful Ikhlas pada awal 2006.
“Nasib baik saya mengambil polisi ini, kalau tidak sukar juga kerana kos rawatan dan perbelanjaan perjalanan ke Kuala Lumpur bukan sedikit,” katanya.
Sementara itu, pengurus agensi Takaful Ikhlas itu, Mesbah Yasak, berkata pihaknya hanya mengambil masa tiga minggu meluluskan pampasan kepada Baharuddin.
Mesbah berkata, Takaful Ikhlas yang menggunakan sistem syariah sepenuhnya menyediakan polisi kepada pesakit kronik bagi meringankan beban mereka kerana kos rawatan yang tinggi.
Beliau berkata, jumlah pampasan bergantung kepada polisi yang diambil pelanggan dan pampasan diagihkan dalam masa singkat.
“Matlamat kami ialah membantu meringankan beban pesakit kronik sebab itu kami berusaha sedaya upaya menyediakan pampasan dalam tempoh paling minimum,” katanya.

Untuk di kongsi bersama....

“Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? ” 
                               (Surah Al-Zumar: 9) 

Pengenalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
 
 Terima kasih kerana anda sudi singgah ke blog Afzan Takaful ini.Yang pastinya blog ini dibina khusus untuk memberikan khidmat nasihat dan perundingan kewangan percuma buat anda yang masih tercari-cari jalan bagaimana membuat simpanan yang berbaloi dengan pelaburan anda.
   
 Saya amat berbesar hati jika dapat membantu anda menyelesaikan pencarian anda itu,dan ia pasti akan menjadikan anda antara insan yang boleh melakukan aktiviti harian dalam tenang tanpa rasa gundah gulana di samping mengerjakan ibadah kepada yang ESA dengan kusyuk..insyaallah.

 Selain mengisi di ruangan komen blog ini,anda juga boleh menghubungi saya dengan cara:
 Telefon / Sms : 013.369.4993

Ikuti info berkaitan Takaful di posting yang seterusnya nanti..Jumpa lagi...wasalam